Friday, September 23, 2016

Bebas.


Holla amigo.



Khamis. Khamis merupakan hari yang dimana aku tidak perlu keluar dari bilik langsung dan merupakan hari yang paling bebas untuk aku berkuang-lentang di atas katil yang tercinta tanpa apa-apa gangguan dari mana-mana jenis makhluk di alam dunia yang fana ini.



Namun, hari ini aku telah memutuskan untuk memecahkan keinginan aku untuk terus tidak mereput dan membusuk di dalam Bilik 1.13 Kolej Kediaman Blok A yang berhadapan dengan fakulti dan bersebelahan dengan tangki air yang tersergam indah.



Pui, drama.



Disebabkan aku tidak mahu mereput, jadinya aku decide untuk keluar dari bilik dan menjelajahi kawasan kampus aku yang sangat comel ini. Kampus aku ini kecil sahaja, saiznya tidak banyak berbeza dengan saiz kolej sewaktu aku matrikulasi dahulu. Jadinya, mudah sahaja untuk aku ke sana kemari.



Bermula jam 11 pagi aku mula keluar dari bilik, selepas berdiskusi bersama-sama dengan coursemate, borak-borak, ambil gambar, makan-makan. Mereka pun blah. Pengembaraan aku bermula pada jam 3 petang di mana aku berhijrah dari satu pondok ke satu pondok. Basically, aku hanya duduk diam dan membaca buku sastera Pak Sako yang sebenarnya hampir lima enam kali aku sudah khatam membacanya.



Kemudian, jam yang hampir dengan Maghrib itu aku melepak di perpustakaan. Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki di sini. Masuk sahaja, aku dipandu oleh sahabat aku Umaira (yang baru sahaja tiba disebabkan aku paksa dia untuk ikut aku) ke ruangan paling belakang.



Oh dunianya.



Aku tahu, aku umpama anak kecil yang bola matanya membesar apabila mereka dihulurkan gula-gula. Selepas hampir dua jam dihabiskan di situ, akhirnya aku keluar juga. Sayangnya, aku tidak sempat untuk menghabiskan buku yang aku baca pada waktu itu. Semuanya gara-gara Umaira yang tiba-tiba Whatsapp aku mengatakan dia lapar. (dia keluar awal)



Tiba sahaja diperkarangan masjid, Umaira mendapatkan aku yang berada di luar pintu. Sewaktu kami menuju ke Medan Selera yang jaraknya hanya sejengkal daripada masjid itu, tiba-tiba Umaira bersuara.



Weh Cikpah, kau tahu tadi ada kucing sibukkkk nak dekat aku tau, aku dah lah tak suka dekat kucinggg” Rengeknya.



Alamak kau ni, lepastu?” Balas aku sambil ber-rolling eyes.



Lepastu aku katalah kat dia, wei aku bukan cikpahhh aku bukan cikpahhh pergii pergiii” Dia balas.



Hahaha aku hanya mampu ketawa. Sengal juga kawan aku ni. Tiba sahaja di Medan Selera, kami sama-sama memesan makanan, dia dengan Nasi Bujang, aku pula dengan Nasi Putih Tomyam.



Aku rasa di antara berjuta-juta kawan, Umaira ini boleh dikatakan paling penyabar dengan perangai gila aku. Kami kenal pada bulan Jun yang lalu, kenal pun disebabkan ada program gabungan matrikulasi seluruh Malaysia selepas kami semua ‘graduate’ daripada matriks. Aku satu kumpulan dengan dia. Jadinya, agak rapat juga lah seketika.



Tapi tak disangka-sangka, aku bertemu semula di sini. Seperti attraction magnet, kami pun jadi semakin rapat. Ceyh.





To be continued.














Selamat tinggal.
22 Zulhijjah 1437 HJ

Wednesday, September 21, 2016

Alam Lain.




Ya, aku kembali lagi setelah sudah beberapa bulan membiarkan ruangan blog ini sunyi sepi. Bukan apa, aku tidaklah sesibuk mana pun, walhal hampir setiap hari juga aku menulis. Ya, aku tidak pernah berhenti menulis. Cuma terkadang dek kerana ‘low-self-esteem’ kot yang membuatkan aku jadi tidak ada urge untuk mem-publish segala jenis post yang aku tulis dan akhirnya semuanya bersarang menjadi simpanan di poket kecil ku ini. Ewah.



Kenapa mesti simpan jadi draft? Tekan jalah publish, bukan susah pon.



Uish, soalan maut. Ada beribu sebab mengapa aku takut atau boleh dikatakan agak trauma untuk sesuka hati mem-publish segala jenis hasil penulisan aku. Pertama, aku takut masa lalu aku kembali yang dimana karya aku di-plagiat. Bukanlah hendak menjadi tangkai jering, tidak. Tetapi kalian kena tahu, penulisan ini dicurahkan bukan begitu sahaja, penelitian dan pengorbanan banyak dihasilkan dalam setiap karya. Ini bukan hanya kisah tentang aku, tapi mana-mana penulis juga pasti setuju dengan pendapat aku, kerana kami menulis bukan sahaja-sahaja, kami juga tahu erti penat dan lelah dalam memerah otak dan mencari idea.



Kedua, aku belum bersedia. Aku belum bersedia untuk kembali ke masa lalu yang di mana aku selalu memuat naik entry-entry yang berunsur motivasi dan cerpen dan sebagainya. Aku belum bersedia hendak menerima pendapat atau kecaman dari orang lain, dan aku tetap belum bersedia untuk membenarkan karya aku di-plagiat sekali lagi. Tidak.



Ok itu sahaja.



Berbalik kepada tajuk entry ini, aku hanya nak maklumkan. Terima kasih bagi yang masih setia membaca blog aku yang semakin usang dan terbuang ini. Jujur, aku terharu kepada semua yang setia membaca segala jenis macam penulisan aku dari dahulu hingga kini.


Buat masa ini, aku baru sahaja mendaftar sebagai pelajar universiti ataupun sebenarnya sudah hampir sebulan. Kehidupan di sini jika ditambah tolak tidak kurang sama juga seperti kehidupan di alam matrikulasi. InsyaAllah, nanti aku cerita lagi.



Terima kasih, sampai ketemu lagi.












Camat tinggal.
(catatan 18 Zulhijjah 1437 HJ)


Sunday, May 29, 2016

Lost




Sometimes,
I feel that I'm getting lost inside myself.

I don't know.
This kind of feelings just comes naturally
I felt like I'm missing something important
But I don't know what is it.

I thought once...
then I don't get it.

When I get it...
turns out that I don't understand anything about it.

Then I lose it...
and I force myself to believe that I see it.

Oh...
It's you.
I miss you.
I miss everything.


But..I'm getting lost in the midst of the night.
And I feel that..I'm losing everything.

I've waited for you to come, but of course you won't.
Untill now, I'm getting lost, further..and further away.

I lost from the path--
The right path to get to you..

But whatever is,
I hope you're doing good.
And I want you to know

That maybe I'm still waiting for you
Or someone else

To save me from these feelings
To save me from keep losing
To save me from getting lost in this unknown forest of hurtful feelings


May the path will be connected someday.
But I hope, it won't be too...late.

Goodbye.

Thursday, April 28, 2016

Kembali



Sudah lama aku pergi
Dan kini aku kembali

Kini
Aku sedar akan perubahan diri ini

Dikit demi sedikit
Aku lihat, aku makin mudah melihat

Dengan mata dan kepala ini
Aku makin mudah menilai kebaikan
Aku makin mudah ber-refleksi

Hari demi hari kian berlalu

Aku merasakan bahawa
Aku mulai menjadi matang

Dari satu fasa ke fasa yang lain
Aku kini makin mudah mencari kepositifi-an sesuatu perkara itu

Allah
Terima kasih kerana beri aku peluang untuk kembali
Kembali menjumpai-Mu

Kembali mengisi jiwa yang telah lama hilang dek kerana kepekatan jahiliyyah

Syukur

Moga terus kuat melangkah ya

Tapi,
Jangan terlalu selesa
Kerna hidup kamu baru sahaja bermula



Selamat tinggal
20 Rejab 1437 HJ

Thursday, December 17, 2015

Resultz



Adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis ada pahit kerana semua itu are part of the life.

Kau sudah usaha dan sudah mencuba. Trying the best you could. Tapi, takdir yang tertulis kau gagal akhirnya. Tidak secemerlang yang disangka.

Jika Tuhan mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Tuhan. Bersangka baik pada Tuhan. Pasti ada hikmah.

Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba.

Biar hujung waktu kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib.
Biar kita mati berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap langkah.
Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih.
Biar kita tahu betapa lalainya kita, daripada  kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha.

Kerana Tuhan sayang hamba-Nya yang begitu.
Yang berusaha tanpa lelah.

Keputusan itu milik Tuhan.
Yang penting usaha.
Teruskan perjuangan.

Never give up and never say die before you try.

Wednesday, November 18, 2015

Pengharapan?



*tarik nafas*


Adui, kebelakangan ni aku rasa aku dah parah lah. Aku pun tak tahu kenapa, dan tahu reti nak describe.



Kau tahu. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya."   (Imam Syafie)



*betulkan tudung*



Kalau mungkin satu hari nanti dia memang jodoh kau, tu hanya sebab Allah tak pernah silap mengatur jodoh. Aku mungkin tak dapat orang yang aku cintai tapi aku tak risau sebab Tuhan ganti dengan sahabat sejati.



“Ya Allah, jika dia yang terbaik buat diri ku, agama ku, keluarga ku dan urusan ku pada masa kini dan akan datang, kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menunggu sampailah masa yang sesuai itu tiba. Tapi, jika bukan dia orangnya ya Allah, kau cabutlah perasaan ini, kau pisahkanlah kami dengan cara yang paling baik dan kau gantikanlah dia dengan yang lebih sesuai dan layak untuk ku.”










Ok itu sahaja. 
Selamat tinggal.
6 Safar 1437 HJ



Saturday, November 14, 2015

2013




In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

2013.

The year that full of forfeiture of everything; to me.
This is the year that made me experienced a lot of failure and losses.
All of these impacted me in every ways.
And all of the losses kind of a reminder that maybe the next time is my turn to be forfeited like the others.

All these losses gave me a serious fact that only the God is immortal and never leave us,
and the fact that actually we, the humans are the one who often left Him.

And all these losses gave me an insight that when we lose the ones that we love,
it is actually a lesson for us to put our dependence fully towards the God - the Almighty,
because the nature of the God is Baqa' which is everlasting.

Surely, and surely we will feel the uneasiness in our heart.
Surely, and surely every soul had felt the disappointment in every ways.
Because it is the nature of all the humans.

Losses
Separation
Farewell
Abandonment

Taught us the meaning of being a devoted servant of the God with a strong-spirit and willpower.
Taught us that everything is came from the God and will return back to Him.
Taught us to be more mature, more open up in every ways of acceptance of things that happening to us.

Life is about the acceptance of the fact and the fate.

The hurt from any wounds, it is normal.
Be strong, and tough because you can get through that.
Remember that the God will never burden a soul beyond it can bear.

Because one day, we will thank Him for giving us the chances to feel the things that hurt us today.

Stay cool, stay positive. 

Sunday, February 8, 2015

Take a deep breath

*sigh*

Hi, its been a while.

Sob-sob, aku menghilang beberapa hari kerana berkabung serta dalam proses mecari kucing kesayangan aku yang menghilang. Hmmm...


Aku sekarang ni tak ada idea pun nak tulis apa. Sedih tu sedih sangat. Sebab dia kucing pertama yang ada kat rumah ni. Dah nak masuk 2 ke 3 tahun dia duduk dengan kitorang. Mhm..



Deep down in my heart, aku harap dia akan balik semula. Sebab dia dah macam pemberi semangat aku dah. huhuhukkk..




Dahlah, malas nak type tak ada idea.
19 Rabiulakhir 1436 HJ

Tuesday, December 9, 2014

Terlalu.

image

Terkadang,
terlalu menyatakan rindu.
buat kita rasa tak diperlukan.


Terlalu mempamerkan sayang.
buat kita sering rasa terbuang.


Terlalu meluahkan cinta.
buat kita kerap dihimpit kecewa.


Terlalu merasa kasih,
buat kita rasa tersisih.


Ada baiknya kita simpan apa yang kita rasa.
Biar jadi rahsia. 


Kita jadi biasa-biasa saja.
Seperti tiada apa-apa.


Biar kita jauh dari rasa luka.
Tapi itulah cinta.



Bukan sebanyak mana kita menerima.
Tapi seikhlas mana kita memberi dan berkongsi rasa.


Kerana ikhlas itu sukar disukat.
Tapi amat mudah diperlihat.
Terlahir dalam setiap apa yang kita buat.






16 Safar 1436 HJ

Monday, December 8, 2014

Kita.

image

Pada hakikatnya.
Kita tidak selalu kuat.
Kita tidak selalu tabah.

Kita cuma memilih.
Tidak terlihat lemah di mata manusia.
Sedang di hadapan Tuhan.
Tanpa segan silu kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu.

Dengan linangan air mata dan rintihan tanpa suara.
Dan sekiranya manusia tahu apa yang kita lalui, maka mereka akan tertanya tanya, bagaimana kita mampu.

Dan mereka pasti akan mengerti, kenapa kita begini.
Lalu mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki.

15 Safar 1436 HJ