Ya, aku kembali lagi setelah sudah beberapa bulan membiarkan ruangan blog ini sunyi sepi. Bukan apa, aku tidaklah sesibuk mana pun, walhal hampir setiap hari juga aku menulis. Ya, aku tidak pernah berhenti menulis. Cuma terkadang dek kerana ‘low-self-esteem’ kot yang membuatkan aku jadi tidak ada urge untuk mem-publish segala jenis post yang aku tulis dan akhirnya semuanya bersarang menjadi simpanan di poket kecil ku ini. Ewah.
Kenapa mesti simpan jadi draft? Tekan jalah publish, bukan susah pon.
Uish, soalan maut. Ada beribu sebab mengapa aku takut atau boleh dikatakan agak trauma untuk sesuka hati mem-publish segala jenis hasil penulisan aku. Pertama, aku takut masa lalu aku kembali yang dimana karya aku di-plagiat. Bukanlah hendak menjadi tangkai jering, tidak. Tetapi kalian kena tahu, penulisan ini dicurahkan bukan begitu sahaja, penelitian dan pengorbanan banyak dihasilkan dalam setiap karya. Ini bukan hanya kisah tentang aku, tapi mana-mana penulis juga pasti setuju dengan pendapat aku, kerana kami menulis bukan sahaja-sahaja, kami juga tahu erti penat dan lelah dalam memerah otak dan mencari idea.
Kedua, aku belum bersedia. Aku belum bersedia untuk kembali ke masa lalu yang di mana aku selalu memuat naik entry-entry yang berunsur motivasi dan cerpen dan sebagainya. Aku belum bersedia hendak menerima pendapat atau kecaman dari orang lain, dan aku tetap belum bersedia untuk membenarkan karya aku di-plagiat sekali lagi. Tidak.
Ok itu sahaja.
Berbalik kepada tajuk entry ini, aku hanya nak maklumkan. Terima kasih bagi yang masih setia membaca blog aku yang semakin usang dan terbuang ini. Jujur, aku terharu kepada semua yang setia membaca segala jenis macam penulisan aku dari dahulu hingga kini.
Buat masa ini, aku baru sahaja mendaftar sebagai pelajar universiti ataupun sebenarnya sudah hampir sebulan. Kehidupan di sini jika ditambah tolak tidak kurang sama juga seperti kehidupan di alam matrikulasi. InsyaAllah, nanti aku cerita lagi.
Terima kasih, sampai ketemu lagi.
Camat tinggal.
(catatan 18 Zulhijjah 1437 HJ)
No comments:
Post a Comment