Friday, September 23, 2016
Bebas.
Holla amigo.
Khamis. Khamis merupakan hari yang dimana aku tidak perlu keluar dari bilik langsung dan merupakan hari yang paling bebas untuk aku berkuang-lentang di atas katil yang tercinta tanpa apa-apa gangguan dari mana-mana jenis makhluk di alam dunia yang fana ini.
Namun, hari ini aku telah memutuskan untuk memecahkan keinginan aku untuk terus tidak mereput dan membusuk di dalam Bilik 1.13 Kolej Kediaman Blok A yang berhadapan dengan fakulti dan bersebelahan dengan tangki air yang tersergam indah.
Pui, drama.
Disebabkan aku tidak mahu mereput, jadinya aku decide untuk keluar dari bilik dan menjelajahi kawasan kampus aku yang sangat comel ini. Kampus aku ini kecil sahaja, saiznya tidak banyak berbeza dengan saiz kolej sewaktu aku matrikulasi dahulu. Jadinya, mudah sahaja untuk aku ke sana kemari.
Bermula jam 11 pagi aku mula keluar dari bilik, selepas berdiskusi bersama-sama dengan coursemate, borak-borak, ambil gambar, makan-makan. Mereka pun blah. Pengembaraan aku bermula pada jam 3 petang di mana aku berhijrah dari satu pondok ke satu pondok. Basically, aku hanya duduk diam dan membaca buku sastera Pak Sako yang sebenarnya hampir lima enam kali aku sudah khatam membacanya.
Kemudian, jam yang hampir dengan Maghrib itu aku melepak di perpustakaan. Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki di sini. Masuk sahaja, aku dipandu oleh sahabat aku Umaira (yang baru sahaja tiba disebabkan aku paksa dia untuk ikut aku) ke ruangan paling belakang.
Oh dunianya.
Aku tahu, aku umpama anak kecil yang bola matanya membesar apabila mereka dihulurkan gula-gula. Selepas hampir dua jam dihabiskan di situ, akhirnya aku keluar juga. Sayangnya, aku tidak sempat untuk menghabiskan buku yang aku baca pada waktu itu. Semuanya gara-gara Umaira yang tiba-tiba Whatsapp aku mengatakan dia lapar. (dia keluar awal)
Tiba sahaja diperkarangan masjid, Umaira mendapatkan aku yang berada di luar pintu. Sewaktu kami menuju ke Medan Selera yang jaraknya hanya sejengkal daripada masjid itu, tiba-tiba Umaira bersuara.
“Weh Cikpah, kau tahu tadi ada kucing sibukkkk nak dekat aku tau, aku dah lah tak suka dekat kucinggg” Rengeknya.
“Alamak kau ni, lepastu?” Balas aku sambil ber-rolling eyes.
“Lepastu aku katalah kat dia, wei aku bukan cikpahhh aku bukan cikpahhh pergii pergiii” Dia balas.
Hahaha aku hanya mampu ketawa. Sengal juga kawan aku ni. Tiba sahaja di Medan Selera, kami sama-sama memesan makanan, dia dengan Nasi Bujang, aku pula dengan Nasi Putih Tomyam.
Aku rasa di antara berjuta-juta kawan, Umaira ini boleh dikatakan paling penyabar dengan perangai gila aku. Kami kenal pada bulan Jun yang lalu, kenal pun disebabkan ada program gabungan matrikulasi seluruh Malaysia selepas kami semua ‘graduate’ daripada matriks. Aku satu kumpulan dengan dia. Jadinya, agak rapat juga lah seketika.
Tapi tak disangka-sangka, aku bertemu semula di sini. Seperti attraction magnet, kami pun jadi semakin rapat. Ceyh.
To be continued.
Selamat tinggal.
22 Zulhijjah 1437 HJ