Thursday, December 17, 2015
Resultz
Adatlah study ni ada naik ada turun ada suka ada duka ada manis ada pahit kerana semua itu are part of the life.
Kau sudah usaha dan sudah mencuba. Trying the best you could. Tapi, takdir yang tertulis kau gagal akhirnya. Tidak secemerlang yang disangka.
Jika Tuhan mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Tuhan. Bersangka baik pada Tuhan. Pasti ada hikmah.
Kekecewaan setelah berusaha mencuba lebih ringan daripada penderitaan kekecewaan apabila tidak langsung berusaha untuk mencuba.
Biar hujung waktu kita sedar dan berusaha daripada putus asa dan mengenang nasib.
Biar kita mati berjuang ke saat akhir daripada hidup bacul tak mengaku kita dah tersilap langkah.
Biar saat ini kita tetap berusaha walau pedih.
Biar kita tahu betapa lalainya kita, daripada kita tak pernah sedar kelalaian kita dan biar kita usaha sedikit daripada langsung tak berusaha.
Kerana Tuhan sayang hamba-Nya yang begitu.
Yang berusaha tanpa lelah.
Keputusan itu milik Tuhan.
Yang penting usaha.
Teruskan perjuangan.
Never give up and never say die before you try.