
Sudah lama aku pergi
Dan kini aku kembali
Kini
Aku sedar akan perubahan diri ini
Dikit demi sedikit
Aku lihat, aku makin mudah melihat
Dengan mata dan kepala ini
Aku makin mudah menilai kebaikan
Aku makin mudah ber-refleksi
Hari demi hari kian berlalu
Aku merasakan bahawa
Aku mulai menjadi matang
Dari satu fasa ke fasa yang lain
Aku kini makin mudah mencari kepositifi-an sesuatu perkara itu
Allah
Terima kasih kerana beri aku peluang untuk kembali
Kembali menjumpai-Mu
Kembali mengisi jiwa yang telah lama hilang dek kerana kepekatan jahiliyyah
Syukur
Moga terus kuat melangkah ya
Tapi,
Jangan terlalu selesa
Kerna hidup kamu baru sahaja bermula
Selamat tinggal
20 Rejab 1437 HJ

