Thursday, December 22, 2016

Study Week





Aku tidak pasti harus mulakan entri ini bagaimana. Aku terasa 'awkward' kerana sudah terlalu lama aku tidak menulis di laman ini. Belakangan ini aku lebih cenderung memuat-naik perkembangan hidup aku melalui Facebook, Wechat atau Instagram berbanding di Blogger.


Semenjak kes nama aku naik di page confession universiti aku, aku serta-merta tidak meluangkan masa lagi di pondok-pondok atau di kaki lima atau di mana-mana pada waktu malam. Aku takut. huhuhuhu


Sejak dari itu jugalah, aku kurang mendapat ilham dalam menulis apa-apa bentuk cerpen atau apa-apa. Aku kurang meluangkan masa dengan laptop aku. Aku kurang memerhati alam pada waktu malam. Aku juga sudah kurang menulis.


Paling tidak pun aku lebih banyak menggunakan telefon dalam membuat catatan-catatan pendek atau puisi.


But you know, the feeling is not there. Besar perbezaannya menulis melalui telefon dan laptop.


Oh ya, aku sedang berada di perpustakaan universiti bertemankan 'roomate' aku, Maria. Aku rasa berada di library adalah jalan terbaik untuk aku melawan panggilan katil dan bantal. Dan ini juga jalan terbaik untuk aku belajar, walau sikit pun ok lah.



Dan tup-tup, timbul rasa untuk aku mengemaskini blog yang sudah lama bersawang ini.



Study-week di alam universiti ini sangat berbeza berbanding di alam Matrikulasi dahulu. Dalam minggu ini aku lebih banyak membuang masa berbanding belajar. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku risau, dalam masa yang sama aku juga rasa tenang. Aku pun tak faham dengan diri sendiri.



Moga-moga aku dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti dan dapat membanggakan keluarga aku. Fuh.



Ok done, aku rasa aku dah memanfaatkan 15 minit untuk menulis entri pendek ini. Aku harus pulang, roomate aku sudah mengidam nak makan nasi dengan telur dadar berserta kuah tomyam. Oh yalah, lupa, aku ada beli periuk  nasi mini. Dan periuk itu banyak membantu aku. Terutama dapat memberikan aku kekenyangan dan menjimatkan wang. kikiki




Selamat tinggal,
Terima kasih kerana masih sudi membaca.

23 Rabiulawal 1438  Hj