Bahagian 1 : Jeli - Putrajaya
Khamis merupakan hari yang dimana aku tiada kelas yang perlu aku hadiri. Dengan itu, aku meluangkan masa sebaiknya bersama-sama dengan katil dan bantal.
Bermula jam 5 petang barulah aku bergegas mengemas bilik dan bagasi yang harus aku bawa. Makluman, tiket bas aku adalah pada jam 0830 malam ke Kuala Lumpur. Memang, dari Jeli tiada langsung tiket yang sudi ke Batu Pahat. Memang kena ber-transit.
Tepat jam 0740 petang, aku siap mengemas dua bagasi dan sedia turun dari blok.
'Kenapa sampai dua bagasi?'
Tidak lah, satu bagasi itu aku harus pulangkan kepada kakak aku. Satu lagi pula aku harua bawa untuk isi buku-buku yang aku mahu bawa pulang ke Jeli. Memang jenuh mahu tarik dua bagasi dalam satu masa, ditambah dengan satu beg sandang sebelah dan botol air. *sigh
Jam 0815. Usai menunaikan kewajipan di masjid, aku mula menyemak semula barang keperluan. Dan, omaigad!! Aku tertinggal beg duit yang di dalamnya terisi juga tiket bas. Jadinya, aku pecut berlari menuju ke blok dengan sepantas yang aku mampu. Dan hampir saja mampus. huhuhu
Aku beruntung kerana blok aku dekat, dan bilik aku terletak di aras satu sahaja. Fuh.
Kemudian, dengan segala kudrat yang ada aku menempuhi gerimis atau hujan rintik-rintik bersama-sama dua bagasi menuju ke pintu pagar hadapan. Sampai sahaja di sana, tergamam aku. Penuh sekali bus stop. Dan aku adalah orang terakhir yang tiba di sana. Kau boleh lihat pada gambar pertama, betapa ramainya yang tunggu bas ekspres kami tiba.
Jam 0840 barulah bas tiba. Ada dua bas, Queen Express dan Emutiara. Selamba badak sahaja kedua-dua bas tersebut cross dan berhenti di bahu jalan yang sememangnya menyonsang arus.
Aku dengan lone rangernya mengangkut dua bagasi aku untuk diletakkan di dalam ruangan penyimpanan beg bas. Tinggi gila kot, ada sekali tu bagasi aku termuntah semula sehingga menghempap kepala aku. Memang sewel aku jadinya.
Kemudian bas pun bergerak dengan lancar.
Jam 0436 pagi aku tiba di Terminal Bersepadu Selatan. Terminal ini sudah tidak asing lagi bagi aku untuk menaiki bas. Tetapi, ini kali pertama aku harus menaiki ERL untuk ke Putrajaya. Melilau juga aku mencari kawasan stesen ERL. Rupa-rupanya ada di kutub sana. Jadinya aku harus melalui jejantas lah.
Paling bengang, sewaktu melalui jejantas itu, aku mengalami perasaan yang aneh. Bayangkan jam 5 pagi, pekerja dari negara asing memenuhi ruang kiri dan kanan jejantas dan berkepul-kepul asap rokok memenuhi ruang ini. Paling bengang, roda kedua-dua bagasi aku tidak sinonim dengan lantai jejantas yang diperbuat daripada besi. Ah sudah! Memang sewaktu aku lalu sepanjang jejantas itu roda bagasi aku berbunyi 'brrrtttttttttttt' dan semua orang pandang aku. Bengang tidak bengang aku teruskan dan percepatkan langkah. Dalam hati, aku mahu cepat-cepat tinggalkan belantara konkrit ini.
Kemudian apabila tiba di hujung jejantas aku dikejar pakcik teksi,
Pakcik pertama; 'Adik, jom naik teksi?'
Aku hanya senyum dan geleng kepala.
Pakcik kedua; 'Adik, jomlah teksi dengan pakcik'
Aku membalas, "Eh takpe pakcik, saya nak naik ERL je"
Pakcik kedua: 'Alah adik ni, ERL rosak lah harini' *sambil tersengih
Rolling eyes aku di situ. Sabar jalah pakcik-pakcik ni, aku mahu ke Putrajaya kot, mahu habis duit aku jika naik teksi. Pula tu, sudahlah jam lima pagi, menakutkan sahaja kalau mahu naik teksi. Tapi bila fikir dari sudut positif, mungkin inilah cara orang mencari rezeki, tak semudah yang kita sangka. Lagi-lagi pemandu teksi, first come, first serve lah. Kasihan juga pada mereka.
Pepepun aku bersyukur juga sebab tiada perkara buruk terjadi sewaktu aku melalui jejantas itu tadi. Kau bayang, aku sahaja perempuan yang lalu di situ, dan lelaki asing memenuhi ruang itu dari pangkal hinggalah hujung. Phew, mahu tidak berdebar dan gugur jantung aku waktu itu.
Itulah, kita tidak seharusnya terlalu bersangka buruk, tetapi kena berhati-hati juga sepanjang masa. Terutama perempuan. Amalkan ayat yang patut apa bila hadapi situasi seperti ini ya. Mujur dengan kuasa Tuhan, aku dilindungi.
Kemudin, jam 0510 pagi, aku tiba di kaunter tiket ERL dan aku berjaya membeli tiketnya. Gila, RM8 kot. Kalau di Jeli boleh dapat Chicken Chop dengan Mee Celup kot. Kahkah
Aku harus menunggu di Platform 3&4. Gila sunyi, yalah apa aku nak expect, pukul 5 pagi kot. Takut juga aku tiba-tiba aku muncul apa-apa makhluk aneh. Kemudian, barulah sedikit demi sedikit manusia datang memenuhi. Yalah, mereka semua mahu pergi kerja. Pramugari, dan golongan kolar putih biru merah hijau kuning tu semua ada. Ahaks.
0540 pagi, tiba jugalah train aku. Masuk sahaja, aku terbau wangi. Ah sudah, bau apa entah. Meremang tak meremang ja rasa, mujur aku duduk berhampiran dengan seorang pramugari tu. Lawa weeeei.
Lepastu, kakak aku pun mesej,
'Train kau ada zombi tak?'
Kahkah, sengal punya kakak. Sabar jalah aku dengan dia ni. Dalam hati, cuak tak cuak jugalah. Mujur aku tidak berkesempatan lagi nak tonton filem Train to Busan tu.
Tapi, betullah, train ini memang cepat. Aku suka naik ERL ni walaupun sebenarnya baru pertama kali. Selesa, dan tak rasa mual pun. Wangi pula tu. Patutlah mahal sekali.
Akhirnya, jam 0551 pagi aku tiba juga di transit Putrajaya Sentral. Dan 0610 pagi kakak aku pun tiba.
Kemudian, tiba sahaja di rumahnya. Aku harus melayan kerenah satu-satunya anak saudara aku. Dan kemudian aku tertidur. Bangun sahaja dari tidur, ah sudah..kedua-dua tangan aku terkunci dan sengal. Sore muscles. Akibat mengangkat dua bagasi barangkali.
Sekarang badan aku terasa umpama orang tua. Berat dan lemah. Esok, atau harini jam 0900 pagi aku bakal bergerak ke Batu Pahat pula. Sudahlah, aku mahu tidur dahulu.
Aku tahu, kisah aku tidak menarik.
Terima kasih lagi ya sebab tabah membaca. ho ho ho
---
Nota kaki: Setelah tolak tambah, rupa-rupanya 9 tahun sudah aku berada di alam Blogger, kadang-kadang rindu dengan blog lama yang aku dah delete dulu. Dan, tiba-tiba aku terasa mahu bertukar angin menggunakan Wordpress pula. Rasa-rasa ok tak? Hmmm
Selamat tinggal
21 Muharram 1438 HJ

