Saturday, October 8, 2016

Terperangkap di sini



Minggu ini sedikit berbeza daripada minggu-minggu sebelum ini. Minggu ini, aku tidak bergerak keluar langsung luar dari kawasan universiti ini. Kalau diingat semula, sebenarnya hampir setiap minggu juga aku keluar dari universiti ini.



Ada banyak sebab mengapa aku tidak ada keinginan untuk keluar dari universiti ini minggu ini. Dan, inilah antara sebab-sebabnya:



1. Duit.

Aku sedang tidak mempunyai duit di tangan mahupun di akaun bank aku. Beberapa minggu lalu, aku dengan pintarnya men-transfer semua duit yang ada dalam akaun Bank Islam aku ke akaun BSN. Untuk simpanan masa hadapan. Dan, padan muka, aku tidak dapat keluarkan duit dari BSN kerana di kawasan ini tiada atm BSN. Jadinya, dua tiga empat hari ini, aku hanya bergantung pada makanan segera, dan duit bisnes printing aku yang hampir semput itu. Tidak lupa juga, sahabat aku, Umaira banyak membantu dalam memberi aku makan. Syukur, Alhamdulillah.



2. Sunyi. 

Minggu ini, kedua-dua orang roommate aku tiada kerana mereka berdua mengikuti Program Anak Angkat anjuran universiti. Bermula Khamis lalu sehinggalah hari ini. Gila tidak sunyi, tidur pun buka lampu walaupun aku diteman oleh Michelle Two. Tapi, dengar khabarnya pada jam 3 petang hari ini program tersebut bakal tamat. Sekarang sudah 3.30pm.. Masih lagi aku menunggu kehadiran mereka. *sigh*



3. Letih.

Minggu ini agak meletihkan juga. Terlalu banyak hari aku tidak dapat tidur dengan cukup. Dan hasilnya badan aku rebel. Jadi letih, dan migraine juga kerap-kali menjamah kepala aku. Itulah, tangguh kerja, suka buat kerja last minute. Sebab itu selalu tidur lambat.



4. Buku.

Aku ada pinjam dan beli beberapa zine dan buku yang baharu. Jadinya, aku berniat hendak menghabiskan hujung minggu ini dengan meng-khatami buku-buku itu. Dan, aku gagal. Kerana sebab yang ke lima ni.



5. Tidur.

Iya, hujung minggu ini aku terasa mahu tidur sahaja. Dan memang, aku memang telah sebati dengan katil dan bantal di sini. Dan aku rasa itulah pilihan yang terbaik untuk minggu ini.





Aku dah mula mengantuk. Nanti, aku cuba sambung lagi.









Selamat Tinggal

7 Muharram 1438 HJ