Friday, September 30, 2016

Ada apa dengan cikpah?







Hai, jumpa lagi. Tak sangka sudah hari khamis semula. Pejam mata. Buka mata. Memang sekejap sahaja masa berlalu. Hari ini, aku seperti biasa tiada kelas. Tiada yang mustahak perlu aku lakukan pada hari ini.



Jadinya, sejak beberapa hari lalu aku dan rakan sebilik aku sudah merancang awal-awal untuk memenuhkan jadual aku untuk hari ini. Kami merancang untuk ke Tanah Merah, memandangkan printer aku juga semakin semput memerlukan dakwat yang baharu, jadinya aku setuju. Kerana satu tujuan, nak mencari dakwat baharu dan makanan. (ihiks)



Perjalanan kami tadi baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Kami sewa kereta Axia, aku yang memandu. Kali ini, agak selamba sahaja aku pandu tidaklah begitu cermat, adalah beberapa kali juga kami hampir melanggar atau bakal dilanggar. Syukur sahaja, tidak jadi apa-apa. Entah kenapa, sejak dari pagi, kepala aku kurang menyenangkan hari ini. Aku diserang lagi oleh migraine yang aku kira sudah lama pergi, tiba-tiba dia datang lagi. Memang susahlah aku nak move on.


Pulang dari Tanah Merah, aku pecut sahaja kenderaan itu hampir mencecah 140km/j juga. Aku tidak pernah memandu selaju itu sebelum ini, entah mana datangnya keberanian untuk berbuat begitu.



Sejak menjejaki alam universiti ini, banyak perkara yang agak unpredictable aku telah lakukan. Sehinggakan aku sendiri tak sangka dan tak percaya dan tak terlintas datang dari mana entah aku punya keberanian untuk berbuat perkara-perara yang unpredictable seperti itu.



Mungkin aku sudah berubah. Mungkin-lah.

Mungkin juga tidak. Mungkin-lah.




Jadi malam ini, aku sendiri lagi. Tapi, kali ini aku tidak habiskan masa aku di pondok, aku cuba cari posisi lain yang agak selesa juga. Di kaki lima yang punya meja dan berlampu. Di sini tiadalah kipas seperti pondok kelmarin, namun cukup nyaman dan menenangkan juga walaupun hanya dinding putih menghiasi pandangan mata ini.



Jangan salah sangka.



Kehidupan di sini sangat berbeza. Kadang-kadang sahaja aku sunyi, selebihnya, sangat bahagia. Percayalah, aku sangat bahagia mempunyai rakan-rakan baik di sini iaitu roommate, coursemate, clubmate, dan segala mate-mate di sini. Ahaks.



Cuma itulah, kadangkala tak semua akan selalu ada, jadi aku manfaat ketiadaan mereka itu dengan perkara seperti ini. Sendiri-sendiri berjalan mencari ilham. Boleh juga aku dapat sesuatu untuk perbaiki diri, terutama idea untuk meneruskan projek membukukan cerpen dan puisi-puisi aku yang sudah lama tergendala itu. *sigh



Dahulu, memang aku selalu sunyi dan sepi dan sendiri. Sehinggakan semua itu memakan diri aku, hampir sahaja juga aku mati. Entah bagaimana, aku sendiri jumpa solusi untuk tidak mati itu. Buku, dan puisi memang banyak menghidupkan jiwa aku semula. Tidak lupa juga mencari Tuhan kembali.



Kadang itulah, hanya kita sahaja yang faham diri kita. Orang lain tidak.

Tidak, mereka tidak faham dan mengerti.





Perkara-perkara seperti ini membuatkan aku teringat lagi pada puisi yang aku sangat gemari. Petikan dari filem kegemaran aku, Ada Apa Dengan Cinta 1. Ramai orang pandang slack pada aku sebab aku meminati filem ini, biarlah. Ini aku punya taste.



Filem ini mengajar aku tentang cinta. (kahkah) Tapi tidaklah sepenuhnya aku dapat itu sahaja dari menonton filem ini. Terlalu banyak perkara boleh didapati dari filem ini, terutama dari segi penyampaian puisi. Aku suka cerita ini mungkin sebab puisi-puisinya yang sangat cocok bila diadaptasi. Ha, gitu kau. Ahaks.





Yang pertama atau kedua, aku tetap suka juga. Sumpah sangat tak sangka bila puisi-puisi Aan Mansyur diisi dalam filem yang kedua. Dah lama aku kenali beliau, tapi tak sangka akhirnya beliau dikenali oleh orang lain juga. Berbakat, memang beliau berbakat. Cemburu aku dibuatnya.



Filem itu juga memang sangat bagus. Ada certain orang akan kata, “filem itu sampah”, “filem kosong” dan sebagainya. Tapi tidak bagi aku. Memang jalan cerita filem itu sangat simple, tapi cukup bermakna bila dihiasi dengan karya-karya sastera Indonesia.



Watak Cinta dan Rangga juga didukung dengan sangat baik. Memang mereka berdua sudah lama hidup di hati aku sejak 10 tahun yang lalu. Seingatnya, cerita ini sudah sangat lama. Aku mula tonton filem ini sewaktu aku di bangku sekolah rendah, sewaktu darjah satu. Namun, aku betul-betul fahami dan mengerti intipati kisah ini sewaktu aku darjah tiga. Ingat lagi, aku tonton cerita ini sewaktu aku cuti sebab patah kaki. Kahkahkah



Dan sejak itu, aku suka membaca. Bolehlah dikatakan filem ini menjadi salah satu pencetus mengapa dan kenapa aku suka berpuisi dan membaca. Ahaks.



Ha, berbalik kepada cerita tadi. Malam-malam begini terpetik pula aku puisi yang aku gemari dari filem yang pertama.



---

TENTANG SESEORANG


Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku,

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..

Bosan aku dengan penat,
Enyah saja kau pekat.

Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih

Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terderai

Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai?

Bosan aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat.

Seperti berjelaga jika ku sendiri



--



Bagi aku puisi ini sedikit tepat pada aku. Sedikit lah.



Kebanyakan orang mengatakan aku ini manusia yang agak membosankan. Kerana aku hanya sibuk dengan buku-buku-dan-buku. Katanya aku ini tiada jiwa yang menyeronokkan. Iya, mungkin aku ini a boring person in your opinion. Tapi, peduli apa? kah kah





Aku harap, nanti suatu hari aku akan jumpa teman hidup, pasangan hidup yang sehati sejiwa dengan aku terutama dalam bab ini. Amin.





Ahaksss.



Sudahlah, setakat ini sahaja. Bai bai



p/s: Pada awalnya aku mahu tulis sedikit dan ringkas sahaja. Tapi aku rasa lebih baik tulisan dua jam ini aku manfaatkan sahaja. Kerana tiada idea untuk aku tulis puisi, jadi aku isilah blog ini. Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Jadi terimalah seadanya. Kah kah kah, terima kasih.








Selamat tinggal


29 Zulhijjah 1437 HJ