Ahaks. Ini adalah sambungan kepada entry yang tersangkut tadi. Yalah, sejak kebelakangan ni aku dah gain semula self-esteem aku, jadinya aku tekad jugalah hendak kerapkan diri untuk meng-update semula blog. Tapi tidaklah secara komersil seperti dahulu, kecil-kecilan sahaja. Jadi zuhud jap. Ahaks.
Selepas makan, kami berdua menuju ke masjid al-maklumlah Umaira Sofia ini calon zaujah sejati kalau hangpa nak tahu, boleh pm tepi kalau kau orang nak ke dia. Aku memang recommend seratus peratus. Ahaks.
Di masjid, aku duduk termangu sahaja menunggu mereka siap solat. Selepas itu, aku dan Umaira pergi menjelajahi lagi kawasan universiti ini, kami terjumpa kucing dan duduk sebentar sementara menunggu kucing itu habis makan.
“Cikpah, nyanyilah” Gusar Umaira.
“Kau nak lagu apa?” balas aku.
“Kau ilhamku” katanya.
“OK, jap aku Google” balas aku yang segera mencapai telefon.
Sambil mencari lirik aku, aku pun bersenandung (baca: humming) akan melodi lagu itu. Sambil itu juga aku humming lagu Istimewa dari Indigo. Klasik sungguh kedua-dua melodi lagu tersebut.
Lalu aku pun nyanyi.
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah, ohhh……kasih
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah, ohhhh…kasih
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilhamku..
Kau ilhamku..
Aku pandang langit, aduh, syahdu sungguh malam ini. Tiba-tiba timbul rindu pada si dia yang entah siapa pun aku tidak tahu.
Tamat.
Selamat tinggal.
(catatan 22 Zulhijjah 1437 HJ)