Hening malam ini.
Suram.
Entah kenapa.
Hati tidak tenteram.
Memikirkan soal akhir zaman.
Soal ikhtilat.
Soal dosa.
Soal larangan Allah.
Soal manusia-manusia di akhir zaman ini.
Soal kemungkaran semakin berleluasa.
Masihkah ilmu agama Islam diterapkan di hati anak muda zaman ini?
‘Budaya dan nilai hidup Barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli tiket untuk menaikinya' - Yusuf Islam
Soal ini..skopnya luas. Begitu luas.
Aku hanya mampu terduduk dan terdiam.
Pernah sekali, aku terasa diri ini jahil dan bodoh.
Membiarkan rakan seperjuangan hanyut.
Sedangkan aku bisa membantu mereka.
Membiarkan rakan-rakan bergaul tanapa menjaga ikhtilat.
Sedangkan aku duduk di sudut menyendiri.
Kenapalah waktu itu aku tidak mengajak mereka supaya duduk bersamaku?
Pernah aku kata pada diri,
"You're such a coward person. And selfish."
Aku terlalu pentingkan diri.
Kalau aku hendak menjadi da'ie..
Kenapa di laman sosial sahaja?
Kenapa tidak di alam realiti?
Kenapa aku seorang yang pengecut?
Apa yang aku takuti sebenarnya?
Takut ditindas?
Takut dibenci?
Takut ditolak?
Aku takut..aku takut aku tidak mampu.
Aku..aku takut kalau aku yang terjebak.
Aku takut aku yang hanyut.
Mereka..terlalu ramai.
Aku perlukan bantuan.
Tapi siapa?
*sigh*
Buat masa ini..hanya mampu mendiamkan diri.
Zikrullah tidak selalu terungkap di bibir mereka.
Allah bukan lagi nombor satu di hati mereka.
Aurat bukan lagi menjadi keutamaan mereka.
Pergaulan tidak menjadi permasalahan bagi mereka.
Aku di sini..di sebuah sudut.
Hanya mampu melihat, dan terdiam.
Kerana, aku juga masih terkapai-kapai dalam mencari sinar.
Masih jahil.
Di akhirat nanti, pasti aku di soal.
"Kenapa kamu tidak mencegah kemungkaran itu sedangkan kamu mampu?"
Apa yang harus aku jawab?
Nak jawab aku tak mampu?
Argh!
Sebenarnya kenapa dengan aku ni?
"Nak jadi da'ie kena kuat. Kena berani."
Iya, aku tahu itu.
Tapi aku sendiri tidak yakin dengan diri sendiri.
Di mana keyakinan itu?
Terkubur di manakah kamu duhai keyakinan?
Nabi pernah pesan dalam hadis yang bermaksud,
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis sahih riwayat Muslim)
Pahit air liur ditelan.
Aku berada dalam golongan yang mana?
Aku berada di stage yang mana?
Adakah hati? Yang selemah-lemah iman?
Parah..tersangat parah...
Moga dijauhkan.
Moga aku tidak tergolong dalam golongan itu.
Moga aku kuat, tabah dan berani.
Doakan aku.
Semoga aku thabat dan istiqomah.
Aku masih lemah.
Doakan aku.
Jangan biar aku jatuh.
Selamat tinggal.
- 3 Zulkaedah 1434 HJ -