"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Surah Al-'Asr ( ayat 1-3)
Sekian sahaja cuti berlalu dengan pantas.
Cuti dua minggu yang memberi seribu ibrah pada diri sendiri.
Ibrah yang baik, dijadikan tauladan.
Di semat teguh di dalam dada.
Ibrah yang tidak baik, dijadikan sempadan.
Iaitu dijadikan panduan hidup, dan berusaha menjauhinya.
Cuti dua minggu ini berlalu bagai angin yang menyapa,
tiba-tiba ia datang, memberikan kesenangan dan nikmat,
kemudian ia berlalu pergi dengan tiba-tiba,
meninggalkan rasa resah dan gelisah.
Resah dan gelisah?
Iya, resah dan gelisah kerana masih belum bersedia.
Cuti ini membuatkan aku terleka.
Aku terlupa, bahawa statusku masih seorang pelajar.
Masih ada amanah yang harus dipegang.
Masih ada cita-cita yang harus digapai.
Dan, masih banyak lagi perjuangan yang harus ditempuh.
Dan juga...
Aku terlupa bahawa aku ialah hamba.
Aku terlupa bahawa kematian sedang mengejari diriku.
Aku terlupa bahawa mati itu dekat dan semakin menghampiri.
Aku terlupa bahawa akhirat itu lebih utama.
Aku lalai.
Aku leka.
Aku alpa.
Aku tertipu dengan keindahan dunia.
Tertipu dengan keagungan makhluk.
Tertipu dengan tipu daya nafsu.
Tertipu dengan godaan syaitan.
Orang yang hatinya selalu jauh dari Allah Ta’ala, selalu lalai, selalu mengagungkan nafsunya, selalu menyerahkan diri kepada syahwat, lisannya kering dari berzikir, serta anggota badannya tidak taat kepada Allah dan sibuk dengan maksiat, maka mustahil dia akan mati dalam keadaan yang baik (husnul khatimah). Malah, dia mungkin akan mati dalam keadaan pengakhiran yang buruk. (Su'ul khatimah).
Dan juga, "Perbanyakkanlah mengingat kematian. Seorang hamba yang banyak mengingati mati maka Allah akan menghidupkan hatinya dan diringankan baginya akan sakitnya kematian." (HR. Ad-Dailami)
Semoga kita mati dalam keadaan husnul khatimah. Jagalah Allah, semoga Allah juga akan menjaga kita. Dan semoga kita semua dapat berjumpa di SyurgaNya. InsyaAllah..
Selamat tinggal.
- 11 Syawal 1434 HJ -
No comments:
Post a Comment