Friday, October 24, 2014

Kelat.

Suasana hingar-bingar.


Keadaan kelas begitu huru-hara dek kelantangan suara pelajar-pelajar 5 Utarid. Masing-masing sibuk berbual. Ada yang sibuk mengipas-ngipas dek kerana bahangnya cuaca. Ada yang sibuk bertepuk-tampar, bertumbuk. Ada juga yang sibuk mengunyah dek makanan yang baru dibeli waktu rehat tadi.


Jam yang tergantung di dinding menunjukkan tepat 11.15 pagi. Masing-masing sibuk berbual dengan kumpulan masing-masing, pasangan masing-masing serta sahabat masing-masing.


Aku pula duduk sendiri di mejaku. Langsung tidak mengendahkan suasana kelasku dan hanya, termenung jauh. Macam-macam yang aku fikirkan. Semuanya terdetik bertubi-tubi. Berulangkali juga aku menyoal diri sendiri.


'Kenapa aku selalu bersendiri?'
'Kenapa orang lain ada teman yang dekat?'
'Kenapa mereka semua boleh ketawa dengan sangat riang?'



Kenapa itu, kenapa ini.

(kadang-kadang aku terasa macam hidup aku ni sama macam Kotoura-san.)



Kerap kali jugak aku bertanya soalan yang berkemungkinan tiada jawapannya. Aku cuba pujuk diri aku, mungkin bahagia aku bukan dekat sini. Mungkin ada satu hari nanti datangnya juga teman sejati.


Mungkinlah.....kot.



Sungguh, biarpun aku dah terbiasa dengan keadaan macam gini. Tapi itu bukan bermakna aku dah bahagia. Kau tahu, kelat, pahit dan pedih apa yang aku rasa. Bukan aku nak brag kesedihan dan kisah lara hidup aku. (takdelah lara sangat)



Dan, aku jugak rasa bermacam-macam beban berkampung di hati ini. Entah kenapa, aku pun tak pasti. Terasa diri seolah-olah selalu tidak dihargai, tidak layak ditemani, tidak pantas ditemui dan aku rasa aku tidak kuat untuk dilukai.








30 Zulhijjah 1435 HJ.
Salam Maal Hijrah, bebeh.

No comments:

Post a Comment