Monday, June 17, 2013
Sebuah misteri
Perlahan-lahan kaki meneruskan langkah ke sebuah taman yang tersergam indah. Kelihatan hiasan-hiasan sangat serasi dengan tema 'English contemporary'. Hati berdebar-debar melihat keadaan sekeliling. Langkah demi langkah diteruskan sehingga ke kawasan di mana bangku-bangku yang disusun rapi penuh dan padat dengan ahli keluarga.
"Wedding siapa ni?" bisik hatiku.
Langkah aku teruskan, aku berjalan di atas karpet merah iaitu merupakan karpet laluan pengantin. Tiada siapa menyedari kehadiran aku. Kelihatan sepasang bakal suami isteri berdiri tegak menghadap ke hadapan. Dan kemudiannya mereka saling berpandangan. Dan, aku terpana. Aku melihat susuk tubuh seorang wanita. Dan wanita itu adalah ..aku? Mataku besarkan dan mulutku mula melopong besar. Adakah ini klon aku?
Susuk tubuh wanita itu sangat genit, sama seperti aku. Namun, pakaiannya ala-ala pengantin wanita English. Rambutnya disisip rapi dan dihiasi dengan pin rambut berbentuk rama-rama. Pengantin itu kelihatan sangat elegant. Gaun yang dipakai olehnya berwarna putih mutiara dan dihiasi labuci berserta batu kristal Swarovski. Dia kelihatan sangat elegant dengan potongan gaunnya yang cantik dan melekat molek di tubuhnya.
Dan kemudian, pengantin lelaki. Berwajah putih melepak dan berkening tebal berwarna cokelat gelap. Wajahnya amat mirip seakan-akan Robert Pattinson. Dan sememangnya dia! Tiba-tiba, ada sesuatu mendarat di kaki ku. "The Wedding of Edward Cullen and Miss D". Oh papa. Aku melihat tubuhku, kelihatan hanya aku disitu yang berpakaian lengkap menutup aurat. Dan, tiada siapa menyedari kehadiran aku.
"Now you both can have a kiss." kata seorang lelaki tua. Aku pun tak pasti siapa.
Aku kembali melihat pasangan tadi. Setelah mereka berhadapan. Mereka berpegangan tangan. Memandang mata masing-masing. Mata yang membicarakan syahdunya cinta mereka. Indahnya kisah cinta mereka. Sang lelaki mula menundukkan kepala. Dan wanita itu, hanya memejam mata. Aku hanya melihat aksi mereka. Bibir mereka semakin dekat dan hampir mendarat. Dan akhirnya.. Cup!!
dush!
Aduh, mimpi rupanya.
kah kah kah.
Selamat Tinggal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment